Ahad, 13 Mac 2016

PENGETAHUAN AM



Tahukah anda?,
Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam. Manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya?
Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.
Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan