• Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
• Melarutkan bahan buangan seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.
• Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
• Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
• Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan